-SELAMAT DATANG-

Kami mengalu-alukan komen dan pandangan ikhlas daripada pengunjung untuk menambahbaikkan blog ini...
TERIMA KASIH

Search This Blog

Thursday, September 18, 2008

Pembahagian Kelas Mengajar 2009 (Cadangan)


Tingkatan 5 : Pn. Hasnizan - 2 kelas (UIA dan UPM)
: Pn. Noor Azliza - 2 kelas (UTM dan UKM)
: En. Fairuz - 2 kelas (UM dan USM)

Tingkatan 4 : Pn. Ramlah - 1 kelas
: Pn. Hasnizan - 1 Kelas
: En. Fairuz - 1 kelas
: Pn. Noor Azliza - 1 kelas

Tingkatan 3 : Pn. Ramlah - 2 kelas
: Cik Norsapinah - 1 kelas

Tingkatan 2 : En. Fairuz - 1 kelas
Cik Norsapinah - 2 kelas

Tingkatan 1 : Pn. Hasnizan - 2 kelas
: Cik Norsapinah - 1 kelas

Program terakhir panitia

1. Latih Tuding (latih to A)soalan peruncingan tajuk dari JPN untuk tingkatan 3 dan tingkatan 5.
2. Pertukaran soalan percubaan negeri-negeri lain
3. Menjawab sekurang-kurangnya 15 set soalan aras tinggi
4. Mengadakan perkongsian pintar dengan SESMA - Thanks SESMA Cg. Sharifah Afidah dan Cg Ariffin
5. Motivasi berterusan dan sentuhan minda - BRaInS Mesti Terbilang
6. Teamwork dipertingkatkan, selamat datang Pn. Noor Azliza selepas cuti bersalin, terima kasih En. Fairuz kerana banyak membantu, tak lupa kepada Pn. Ramlah dan Cik Norsapinah yang mengajar ting. 3
7. "Panitia Cemerlang, Pelajar Gemilang, Sekolah Terbilang" - BRaInS Bestari - Panitia Sejarah, Ready To Lead.

Wednesday, September 17, 2008

Guru-guru Sejarah BRaInS

Pn. Hjh Ramlah binti Ismail - Guru Kanan Kemanusiaan
Pn. Hasnizan binti Mat Hassan - Ketua Panitia
Pn. Noor Azliza binti Ismail
Cik Norsapinah binti Ngah
En. Mohd Fairuz bin Idrus

Saturday, September 6, 2008

Pengurusan Panitia

1. LATARBELAKANG

Panitia Sejarah adalah satu cabang bidang Kemanusiaan dan Kemasyarakatan yang diletakkan di bawah pengawasan Ketua Bidang Kemanusiaan iaitu Pn. Ramlah bt Ismail. Mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Sehubungan ini, maka peranan guru Sejarah amatlah berat dalam membantu pelajar mempelajari Sejarah. Seorang guru Sejarah dikehendaki:

i. Memahami tahap kefahaman pelajar.
ii. Merangsang pelajar supaya berfikir.
iii. Cuba membimbing pelajar mencari jawapan kepada masalah Sejarah dalam lingkungan kebolehan berfikir mereka.

Penubuhan Panitia Sejarah adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain yang berkaitan. Keperluan ini adalah wajar berdasarkan Pekeliling Ikhtisas 4/86 KP (BS) 8591/Jld. II (44) bertarikh 13hb Mac 1986.

Panitia Sejarah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu dianggotai oleh seramai 05 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Badan ini diketuai oleh seorang Ketua Panitia iaitu Pn. Hasnizan binti Mat Hassan yang bertanggungjawab menjadi penghubung antara ahli panitia dengan pihak pentadbir melalui Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

2. MATLAMAT

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuhkan identiti diri sebagai rakyat Warganegara Malaysia dan Warga Dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah negara Malaysia dan Sejarah Peradaban Dunia, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan Sejarah Dunia dalam usaha mewujudkan perasaan bangga dan cinta terhadap tanah air, semangat kekitaan dan perpaduan serta persefahaman antarabangsa.

3. OBJEKTIF AM PANITIA SEJARAH

Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharapkan pelajar dapat,

1. Memahami secara mendalam sejarah perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan tamadun dunia dan sumbangannya terhadap kehidupan manusia.

2. Memahami bagaimana peristiwa dan perubahan negara dan antarabangsa memberi kesan kepada negara.

3. Mempertingkatkan kesedaran, kepekaan dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha-usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.

4. Mempertingkatkan kemahiran menganalisis, mensintesis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional dan kritis.

5. Mengkaji keadaan sikap masa lalu terhadap kumpulan masyarakat dari segi jantina, budaya, kepercayaan dan sebagainya.

6. Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan iktibar daripada pengalaman sejarah.

7. Mempunyai dan mengamalkan warisan nilai-nilai kemanusiaan sarwajagat.

8. Membina minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu.

9. Membina kesedaran dan pemikiran inkuiri dalam merancang masa depan.