-SELAMAT DATANG-

Kami mengalu-alukan komen dan pandangan ikhlas daripada pengunjung untuk menambahbaikkan blog ini...
TERIMA KASIH

Search This Blog

Sunday, October 12, 2008

Tak sangka

Kami seluruh ahli Panitia Sejarah BRaInS amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan ulasan daripada pengunjung Blog Panitia Sejarah SBP Integrasi Batu Rakit. Segala cadangan, kata-kata perangsang yang diberikan amat membanggakan kami. Sesungguhnya, apa yang baik akan kami jadikan teladan dan segala kekurangan serta teguran, insyaalah akan kami buat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Kepada bekas pelajar (Eddy & Muaz) yang telah memberi comments, terima kasih banyak. Cikgu tidak menyangka, kalian sudi menjenguk kami di "dunia maya" ini. Semoga kata-kata anda menjadi dorongan kepada adik-adik pelajar di BRaIns untuk menjulang nama baik sekolah.

Untuk Calon SPM 2008, ingat anda hanya ada beberapa hari sahaja lagi. Teruskan usaha murni anda. Untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4, ingatlah, peperiksaan akhir tahun adalah kayu ukur untuk anda muhasabah diri...

"Bersama Menjulang Kegemilangan BRaIns"
"BRaIns Bestari 2010"

Saturday, October 11, 2008

Teruskan usaha untuk A Sejarah

Kepada semua calon PMR dan SPM, kami guru-guru sejarah BRaInS mengucapkan selamat menempuh peperiksaan bermula esok, semoga usaha murni selama ini membuahkan hasil yang membanggakan dan mampu menjadikan sekolah kita terbaik di seluruh Malaysia. Jadikan ilmu sejarah yang dipelajari selama ini bekal yang berguna dalam melonjakkan jati diri serta nilai patriotisme dalam menempuh kehidupan yang mencabar.

Sesungguhnya bukan mudah menggenggam kejayaan jika tanpa usaha yang gigih dan berterusan. Jadikan sejarah pelengkap bilangan target straight A's anda. Kejayaan anda adalah penawar kepada kesakitan guru sepanjang mengajar dan mendidik kalian. Berhati-hati semasa menjawab soalan, kerana orang akan selalu tertipu dengan perkara yang remeh-temeh. Pastikan doa dan tawakal sentiasa basah di hati dan bibir kita, kerana dengannya kita mampu jadi kuat. Strategi ulangkaji mungkin perlu diubahsuai apabila menjelang peperiksaan.

Terima kasih kepada semua guru sejarah kerana berjaya berkerja dalam pasukan. Kita adalah akar yang menyokong pokok agar terus berdiri teguh. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

SELAMAT MAJU JAYA.

PANITIA CEMERLANG, PELAJAR GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG.

Wednesday, October 8, 2008

Pengurusan Panitia Sejarah (Belum Edit)

Semua aktiviti kurikulum pada tahun ini akan menakankan kepada pendokumentasian dan perancangan yang lebih sistematik, khususnya di dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan Rancangan Pelajaran yang kemas dan jitu. Oleh itu, perkara-perkara berikut amat ditekankan dalam Panitia Matapelajaran meliputi semua subjek.
1. Fail Panitia Matapelajaran
- Fail Panitia Matapelajaran harus mengandungi perkara-perkara berikut :
Bahagian 1
• Senarai tugas Ketua Panitia Matapelajaran.
• Senarai nama guru dalam Panitia yang mengandungi perkara-perkara seperti Nama, bilangan waktu mengajar, tingkatan diajar serta opsyen atau bukan ( borang akan disediakan )
• Matlamat Panitia
• Objektif Panitia ( meliputi akedemik, perkembangan staf, P&P, kurikulum )
• Program Panitia ( yang telah diselaraskan dengan program daerah )
• Aktiviti Panitia
Bahagian 2
• Sukatan Pelajaran
• Rancangan Pelajaran ( semua tingkatan )
• Soalan peperiksaan awam ( PMR, SPM, Percubaan ) sekurang-kurangnya untuk 5 tahun
• Skema Jawapan untuk peperiksaan di atas sekurang-kurangnya untuk 1 tahun
• Indeks Latihan yang mengandungi soalan-soalan mengikut topik yang diajarkan dan glosari / istilah yang asas dan utama untuk topik tersebut.
2. Buku atau Fail Mesyuarat Panitia
3. Bank Soalan
4. Program Khas Panitia
Perlu disediakan oleh Panitia, misalnya untuk pelajar-pelajar yang kurang berpotensi diadakan Kem Matematik, Bijak Sifir, Klinik Fardhu Ain, Sifar Buta Huruf, program pemulihan mengguna-kan Minimum Adequate Syllabus dan lain-lain teknik belajar didalam pengajaran dan pembelajaran

FAIL MEJA KETUA PANITIA

1. LATAR BELAKANG


Kurikulum adalah agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan. Urusan utama atau “core-bussiness” sesuatu organisasi pendidikan ialah memastikan pelaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik. Nadi pelaksanaan sistem kurikulum ialah panitia subjek. Pengurusan panitia yang cekap berteraskan TQM akan mewujudkan satu sisstem pengurusan panitia yang berkualiti.

Manual pengurusan panitia yang didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan sistematik. Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang didokumenkan merupakan panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru. Ketua Panitia yang baru dilantik akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini. Fail Meja merupakan dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.

Memandangkan Fail Meja Ketua Panitia yang terkini amat diperlukan untuk kelicinan dan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran khususnya di Sekolah-Sekolah Menengah, yang sentiasa berusaha mencapai prestasi cemerlang , maka Unit Sains dan Matematik, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus mengambil langkah untuk menerbitkan Fail Meja Ketua Panitia Sains.




Dengan itu, diharapkan Fail Meja ini akan dapat memantapkan lagi pengurusan panitia di peringkat sekolah. Pengurusan panitia yang cekap dan mantap akan meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan awam dan dalam perspektif nasional meningkatkan lagi pengeluaran sumber manusia negara yang berkualiti.

2. OBJEKTIF KETUA PANITIA



2.1. OBJEKTIF UMUM

2.1.1 Menyelaras kegiatan pengajaran dan pembelajaran panitia masing-masing.

2.1.2 Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran di dalam panitia.

2.1.3 Meningkatkan pengurusan dan pentadbiran panitia dan kerjasama dengan panitia lain.

2.1.4 Membangunkan kemahiran R & D di dalam panitianya.



2.2. OBJEKTIF KHAS

2.2.1 Mewujudkan satu sistem kawalan dan penyelenggaraan
kurikulum yang berkesan.
2.2.2 Untuk menimbulkan rasa kesedaran dan tanggungjawab di
kalangan guru tentang perlunya penyelarasan kurikulum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2.3 Untuk melahirkan guru-guru Bahasa Melayu yang cekap, dedikasi dan
bertanggungjawab bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dan
mencapai objektif mata pelajaran Bahasa Melayu..



2.2.4 Merealisasikan hala tuju mata pelajaran Bahasa Melayu.
(i) Lulus 100% mata pelajaran Bahasa Melayu SPM.
(ii) Lulus 100% dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBS)
(iii) Memastikan prestasi setiap mata pelajaran Bahasa Melayu. adalah berkualiti untuk mencapai target cemerlang.
(iv) Memastikan semua pelajar dapat menguasai semua konstruk / elemen dalam pentaksiran Bahasa Melayu.
(v) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Melayu.



AHLI JAWATANKUASA PANITIA



Pengerusi : Ketua Panitia

Naib Pengerusi : Ketua Panitia Menengah Rendah

Setiausaha : Guru (dilantik secara bergilir-gilir di kalangan Ahli Panitia)

Ahli : Semua Guru Mata Pelajran Bahasa Melayu.


5.1 KURIKULUM

5.1.1 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini

5.1.2 Penyediaan rancangan pengajaran tahunan

5.1.3 Penyediaan rancangan pengajaran bersama

5.1.4 Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran

5.1.5 Kepelbagai teknik mengajar

5.1.6 Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan

5.1.7 Penggunaan BBM dalam P & P

5.1.8 Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia

5.1.9 Memperbanyakkan koleksi BBM yang dibeli

5.1.10 Menyelaras soalan ujian bulanan

5.1.11 Menyelaras soalan peperiksaan penggal

5.1.12 Post mortem dan tindakan susulan peperiksaan

5.1.13 Menyemak buku latihan pelajar

5.1.14 Memberi kursus dalaman

5.1.15 Bimbingan untuk ahli panitia baru

5.1.16 Pelaksanaan program khas kemahiran belajar

5.1.17 Penyelarasan dan pemantauan ULBS.


5.2 PENGURUSAN


5.2.1 Pemilihan buku teks dan rujukan

5.2.2 Pencerapan

5.2.3 Mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun

5.2.4 Pengajaran berpasukan (team teaching)

5.2.5 Mengadakan kursus dalaman

5.2.6 Guru ganti inter-panitia (jangka panjang)

5.2.7 Pemantauan aktiviti panitia

5.2.8 Mengadakan mesyuarat berkala dan “post-mortem”

5.2.9 Penyediaan anggaran belanjawan tahunan

5.2.10 Pengawalan stok dan iventori

5.2.11 Penyeliaan ULBS

5.2.12 Membantu penyeliaan pengurusan bilik khas bahasa.



5.3 KOKURIKULUM


5.3.1 Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik

5.3.2 Menyertai pertandingan berkaitan panitia

5.3.3 Program lawatan sambil belajar

5.3.4 Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas

5.3.5 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah

5.3.6 Mengadakan Minggu / Bulan Bahasa


5.4 TUGAS-TUGAS LAIN

5.4.1 Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

5.4.2 Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMT/SMK yang lain

5.4.3 Mengemaskini data bilik gerakan sekolah

5.4.4 Senarai Semak Tahunan Ketua Panitia

5.4.5 Mewujudkan/mengemaskini laman Web Bahasa Melayu.

5.4.6 Penyediaan dan pengawalan belanjawan

5.4.7 Pengawalan stok dan iventori

5.4.8 Penyeliaan kerja-kerja kursus pelajar



5.5 KOKURIKULUM


5.5.1 Melaksanakan program/aktiviti persatuan berasas akademik

5.5.2 Menyertai pertandingan berkaitan panitia

5.5.3 Program lawatan sambil belajar

5.5.4 Membantu persatuan berasaskan akademik dalam kepakaran ikhtisas

5.5.5 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah



5.6 TUGAS-TUGAS LAIN

5.6.1 Mewujudkan kerjasama dengan PKG, PPD dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

5.6.2 Mewujudkan kerjasama dengan Ketua Panitia di SMT/SMK yang lain

5.6.3 Mengemaskini data Bilik Bahasa

5.6.4 Senarai Semak Tahunan Ketua Panitia




7. FUNGSI UTAMA KETUA PANITIA


i. KURIKULUM


ii. PENGURUSAN


iii. KOKURIKULUM


iv. TUGAS-TUGAS LAIN