-SELAMAT DATANG-

Kami mengalu-alukan komen dan pandangan ikhlas daripada pengunjung untuk menambahbaikkan blog ini...
TERIMA KASIH

Search This Blog

Wednesday, January 28, 2009

Join The Group

Selamat bertugas kepada Cikgu Junaidah Mat Lazin, yang baru mengajar subjek sejarah. Selamat kembali kepada Cikgu Asman Ismail, yang diberi semula kepercayaan untuk mengajar subjek sejarah setelah 2 tahun "bersara", mungkin ada lagi guru-guru yang akan "tersangkut" untuk mengajar sejarah. Tak apa, jangan risau, kita hidup berpandukan sejarah masa lampau. Ingatlah, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it". Kepada Cikgu Norsapinah dan Ustazah Ramlah, kami tabik spring dengan keputusan PMR 2008... teruskan usaha untuk kecemerlangan PMR 2009. Cikgu Fairuz dan Cikgu Noor Azliza, macam mana ye, SPM belum keluar, kita tunggu keputusan dengan penuh debaran. Semoga kejayaan milik murid-murid kita, milik kita jua! Selamat Menjalankan tugas kepada semua ahli Panitia Sejarah BRaInS 2009...

Friday, January 23, 2009

Selamat Tahun Baru

Kepada rakan-rakan dalam panitia sejarah, diucapkan selamat tahun baru dan selamat bertugas kembali. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar PMR yang telah berjaya menyumbangkan 100 A bagi mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan yang lalu. Kepada yang B, usaha lagi dan buktikan kecemerlangan anda dalam SPM pula. Alhamdulillah, berdasarkan analisis peringkat daerah, BRaInS telah menduduki tempat pertama daerah Kuala Terengganu bagi mata pelajaran sejarah PMR baru-baru ini. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan...

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru yang telah berjaya membuktikan bahawa "Kerjasama Erat, Kerja Tiada Berat", kekalkan kerja berpasukan kita!

"SELAMAT TAHUN BARU 2009"