-SELAMAT DATANG-

Kami mengalu-alukan komen dan pandangan ikhlas daripada pengunjung untuk menambahbaikkan blog ini...
TERIMA KASIH

Search This Blog

Sunday, October 12, 2008

Tak sangka

Kami seluruh ahli Panitia Sejarah BRaInS amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan ulasan daripada pengunjung Blog Panitia Sejarah SBP Integrasi Batu Rakit. Segala cadangan, kata-kata perangsang yang diberikan amat membanggakan kami. Sesungguhnya, apa yang baik akan kami jadikan teladan dan segala kekurangan serta teguran, insyaalah akan kami buat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Kepada bekas pelajar (Eddy & Muaz) yang telah memberi comments, terima kasih banyak. Cikgu tidak menyangka, kalian sudi menjenguk kami di "dunia maya" ini. Semoga kata-kata anda menjadi dorongan kepada adik-adik pelajar di BRaIns untuk menjulang nama baik sekolah.

Untuk Calon SPM 2008, ingat anda hanya ada beberapa hari sahaja lagi. Teruskan usaha murni anda. Untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4, ingatlah, peperiksaan akhir tahun adalah kayu ukur untuk anda muhasabah diri...

"Bersama Menjulang Kegemilangan BRaIns"
"BRaIns Bestari 2010"

2 comments:

Arthas said...

assalamualaikum...
apa khbr kpd sume guru2 sejarah yg disayangi...???
sy Abdul Hadi..pelajar SPM 2007 yg kini di JORDAN UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY dlm bidang medicine..Alhamdulillah...setelah lama mencari..akhirnya ketemu jua sy blog ini...Alhamdulillah..dgn adanya blog ini...dptlah sy terus mengambil tahu serba sedikit mengenai aktiviti sekolah walaupun kini berada jauh di perantaun...doa sy semoga cg2 sume akan terus tabah dlm mendidik anak2 pelajar2 ke arah kejayaan..kpd sume adik2 di SBPIBR..sy doakan kejayaan kamu di sini...sy cdgkan agar diwujudkan satu ruang discussion antara bekas2 pelajar n para guru2..insyaAllah..smoga ia akan memperluas lagi minda kita semua..insyaAllah...sampaikan salam sy pada sume guru2...doakan kejayaa sy di sini...aminnn..

Sejarah2u said...

Salam ziarah buat rakan2 guru panitia Sejarah Brains. Satu usaha yang baik dalam mewara-warakan agenda Sejarah melalui aplikasi Ict spt ini. Tahniah! saya ucapkan. Dijemput menziarahi blog saya selaku ketua panitia Sejarah SMI Al-Amin, Gombak di www.Sejarah2u.blogspot.com.

Cikgu Ishar